Khamis, 25 September 2008




سلامت هارئ راي عيدلفطري


Di Aidilfitri yang mulia ini aku nak pinta seandainya :

TERkasar bahasa....



TERsilap bicara....



TERmarah yg tak kena....



TERtanya tak tentu hala....



TERsasul yang tak sengaja....



TERpukul kat mana mana....



TERpekik kat telinga....



TERpinjam harta benda....



TERmoody tak semena mena....



TERumpat apa apa....





Akhir kalam, jemputlah datang ke rumah. Jgn malu malu eik. Salam Eidulfitri Maaf Zahir & Batin.

Jumaat, 19 September 2008

Assalamualaikum semua....lame tol tak update blog ni. Alhamdulillah, hari Rabu lepas 17 Sept 08 bersamaan dgn 17 Ramadhan 1429H bersamaan dgn Nuzul Quran, teman dapat berprogram 3R (Remaja Rai Ramadhan) di SMK Abd Rahman Talib, Teluk Intan.

Alhamdulillah dpt jumpe kembali adik2 yg pernah berprogram bersama bulan Jun lalu. Seramai kurang lebih 160 orang peserta 3R peringkat daerah Hilir Perak. Pagi nye, slot di isi oleh Ust Shamsul & Ust Alias. Pastu teman cakap sikit2 je. Huhuhu. Pas Zohor, ada Kembara D'Ramadhan.....mcm2 gelagat adik2 ni.

Program tamat sehingga iftar bersama sama adik2 di SMART....Insya Allah, hujung minggu ni 3R di Bidor pulak.....Jumpa di sanaaaaaa......

Isnin, 8 September 2008

Gambar sekitar Iftar bersama Anak2 Yatim Budi Mulia
Usrah Kolej Matrik Gopeng juga memeriahkan suasana

Bergambar bersama anak - anak yatim Budi Mulia

Anak - anak di Budi Mulia, Tanah Hitam

Lagi gambar.....


Pengarah program, Akh Khusairi Saufi bersama Hj. Ainol

Hj Ainol menyampaikan tazkirah mcm ceramah kelompok


YDP JIM Bandaraya Ipoh, Dr Ahmad Kamil

Sabtu, 30 Ogos 2008

Ya Allah berkatilah kami dalam bulan Rejab dan dalam bulan Syaaban dan sampaikanlah kami ke dalam bulan Ramadhan. Sahabat ku tetamu Agung ini bakal berkunjung beberapa hari lagi. Ahlan Ya Ramadhan, lambaianmu Ramadhan menggamit hati-hati kami untuk bersama-sama menyemarakkanmu. Semoga ruang dan peluang yang Allah sediakan 1 bulan istimewa buat kita ini memberi pelatihan abadi untuk pengendalian hati dan diri bagi meraikan kemerdekaan sejati.

Sahabatku :

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir

Tentu siangnya sibuk berzikir
Tentu tak akan jemu melagukan syair rindu
Mendayu....merayu....kepadaNya Tuhan yang satu

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir

Tentu solat ku kerjakan di awal waktu
Solat yang dikerjakan....sungguh khusyuk
Lagi tawaduk
Tubuh dan qalbu bersatu
Memperhambakan diri
Mengadap Rabbul Jalil....menangisi
Kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya
Wamamati lilahirabbil ’alamain"
( sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
Kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam )

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir

Tidak akan ku siakan walau sesaat yang berlalu
Setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang
Alunan al-Quran bakal ku dendang...
Bakal ku syairkan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

Tentu malamnya di sibukkan dengan
Bertarawih
Berqiamullail, bertahajud
Mengadu...merintih. ..meminta belas kasih

"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurgaMu
Tapi ku juga tidak sanggup untuk ke nerakaMu"

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir

Tentu diriku tak akan melupakan yang tersayang
Mari kita meriahkan Ramadhan
Kita buru....kita cari....suatu malam idaman
Yang lebih baik dari seribu bulan

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir

Tentu ku bakal menyediakan batin dan zahir
Mempersiapkan diri, rohani dan jasmani
Menanti-nanti jemputan Izrail
Di kiri dan kanan lorong-lorong redha Ar-Rahman.

Duhai Ilahi
Andai ini Ramadhan terakhir buat kami
Jadikanlah ia Ramdhan yang paling bererti
Paling berseri menerangi kegelapan hati kami
Menyeru ke jalan menuju redha serta
Kasih sayangMu Ya Ilahi
Semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman ...
Tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
Apakah Ramadhan ini yang terakhir kali bagi dirinya
Yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
Berusaha....bersedia....meminta belasNya

ANDAI BENAR INI RAMADHAN TERAKHIR BUAT AKU
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN DAN KESILAPAN
YANG PERNAH AKU LAKUKAN
"MARHABAN YAA RAMADHAN"

Isnin, 25 Ogos 2008


Bersama Hj Atan di bilik gerakan


Sedangkan naga kami kuburkan, inikan pula cicak mengkarung



Ahad, 24 Ogos 2008 - Alhamdulillah, Allah telah permudahkan perjalanan kami berlima ke Permatang Pauh, Pulau Pinang. Mula2 kami meronda seluruh Pematang Pauh untuk melihat suasana kempen di sana menjelang 2 hari lagi pembuangan undi. Sepanjang rondaan, kami berselisih dengan konvoi DSAI sebanyak 2 kali. Sampai tengah hari, kami berhenti makan tengah hari di Restoran Faiz (murah restoran ni) dan solat jamak qasar di masjid di Permatang Janggus.


Poster DSAI yg gah

FRU di mana2 shj



Kami tak kebuloq



Seusai solat, kami ke bilik gerakan yg di ketuai oleh ikhwah Penang, Hj Atan dan sempat makan laksa Penang yg ditaja oleh individu tertentu (bukan rasuah ye). Selepas itu kami sambung meronda di Permatang Pauh dan seterusnya ke Masjid Bandar Baru Perda untuk sama2 solat hajat perdana. Solat Maghrib di imamkan oleh Dr Badrul Amin sebaik sahaja DSAI tiba di masjid tersebut. Kemudian ceramah di berikan oleh Dr Badrul Amin, Dato' Hashim Yahya (mantan mufti wilayah persekutuan), Ust Ramlang Porigi (Imam yg digunakan oleh BN-UMNO) & DSAI sendiri. Solat Isyak di imamkan oleh Dr Badrul Amin dan seterusnya solat hajat perdana oleh AF Ust Soleh (Pondok Sik) dan diakhiri oleh ceramah oleh Tn Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS). Lebih kurang 10000 orang yg hadir di majlis tersebut.

suasana di masjid bandar baru perda

Ahad, 17 Ogos 2008


Gambar sekitar Karnival Sukan Piala Presiden JIM Zon Utara 08




















Ahad, 3 Ogos 2008

Alhamdulillah, jam 6.30 ptg hari Jumaat 1 Ogos 2008, ana & anak2 buah usrah Matrik Gopeng telah pergi rehlah di Teluk Batik, Lumut dengan menaiki Unser Pak Cu Shukri (thanx Pak Cu Shukri). Kami sampai di Sek. Men Keb. Ahmad Boestamam, Sitiawan lebih kurang jam 9.15 malam dan di saji dengan nasi tomato oleh Kak Shima (thanx Kak Shima) sambil tengok latihan dikir barat pelajar sekolah tu.




Lebih kurang jam 10.00 mlm, kami ke pekan Lumut. Saje jalan2 tegok permandangan waktu malam di Lumut. Pastu terus ke Pusat Tuisyen Lestari milik Pak Teh Rasidi untuk penginapan (thanx Pak Teh sbb bagi penginapan pada kami). Pak Din lak sediakan toto untuk kami. Yg menginsafkan kami, Pak Din bekalkan kami dengan sekotak KAPUR BARUS yg masih terselit kat celah2 toto tu....



Sabtu 2 Ogos 2008, seusai solat subuh berjamaah, usrah dijalankan sehingga lebih kurang 7.45 pagi dan bersiap untuk gi sarapan & rehlah di Teluk Batik sehingga lah jam 11.30 pagi sbb org dah ramai & hari pun dah mula panas. Gi pekan Lumut untuk makan tengah hari. Pekena nasi beriyani.

Pukul 12 lebih kembali ke Lestari sbb adik2 ni dah penat. Seusai solat Zohor berjamaah, kami bersiap siap ke program Seminar Reproduksi & Seksual Remaja (SRSR) sehingga selesai lebih kurang jam 5.00 ptg. Jam 5.30 ptg kami bertolak balik. Cian kat adik2 ni sbb nampak letih. Semua lentok dalam Unser. Alhamdulillah selamat sampai rumah lebih kurang jam 7.15 ptg. Pas Maghrib ana ada temujanji lain pulak dgn adik2 di Ipoh lak.

Selasa, 29 Julai 2008

Tiada kesan Saiful diliwat


Tiada bukti Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengadu diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, pernah mengalami hubungan seks luar tabie seperti itu - demikian hasil pemeriksaan seorang doktor di sebuah hospital swasta, kira-kira empat jam sebelum membuat laporan polis sebulan lalu.


Menurut salinan laporan perubatan terhadap bekas pembantu penasihat PKR itu, Mohd Saiful ke Hospital Pusrawi mengadu mengalami "tenesmus" - kesukaran dan kesakitan membuang air besar. Dipercayai pemuda 23 tahun itu mendapatkan rawatan di hospital di Jalan Tun Razak itu kira-kira jam 2 petang pada 28 Jun sebelum diminta ke sebuah hospital kerajaan dan kemudian membuat laporan polis.


Ketika di Hospital Pusrawi, pemuda itu diperiksa oleh Dr Mohamed Osman Abdul Hamid. Dalam laporannya itu, doktor tersebut menyatakan pesakit itu mendakwa diserang dengan dijolok bahan "plastik" di bahagian duburnya. Mohamed Osman, seperti tercatat dalam laporannya yang direkodkan pada jam 2.14 petang, mendapati dubur Mohd Saiful "tidak mengalami pendarahan aktif", "tiada kesan ulser atau nanah", dan "tiada kesan koyak atau calar". Beliau juga menyatakan pemuda itu kelihatan "jaga", "selesa", "tidak pucat" dan tidak menunjukkan sebarang tanda demam.

Rabu, 23 Julai 2008

Alhamdulillah dengan izin Allah swt, teman bersama dgn seorang sahabat KARISMA Perak Hafifi telah pergi ke Kolej Martrikulasi Gopeng dalam usaha mengGEMPUR adik2 di sana dalam usaha untuk follow up mad'u di sana. Selamat sampai di matrik kurang lebih jam 6.40 petang. Maklumat awal yg teman dpt, agak susah untuk masuk ke dalam matrik jika bukan waktu melawat. Dalam perjalanan ke matrik, teman katakan pada Hafifi, "kita redah & tawakal je la Fifi. Kalau leh masuk, kita masuk. Kalau tak leh masuk kita usaha cara lain". Fifi kata, "ok je, kita redah".


Teman & Fifi dah dapat maklumat awal tentang adik2 ni. So, bila sampai kat pintu pagar, kami kata nak jumpa sedara (dlm hati kata sedara seIslam). Kami ditahan tak boleh masuk. Pak guard kata suruh sedara kami tu turun ke pintu pagar. So, Fifi pun call lah sorang adik ni & adik ni pun turun ke pintu pagar. Ntah apa yg dikatakan oleh adik ni, kami pun dibenarkan masuk & terus ke Masjid Al-Maghfirah (masjid dlm matrik le).


Alhamdulillah, di masjid itu kami jumpa lagi dua orang adik matrik. So kami pun bertaaruf. Bak kata org...tak kenal maka tak cinta, tak cinta maka tak kasih, tak kasih maka tak sayang, tak sayang maka tak rindu. Lepas taaruf, Fifi pun bagi sedikit tazkirah pendek sbg pembuka bicara sehingga lah waktu maghrib. So, kami pun solat maghrib berjemaah 3 rakaat pastu kami gi makan kat cafe dlm matrik tu. Masa makan2, kami pun capai kata sepakat nak buat usrah dua minggu sekali setiap petang Jumaat. Sembang punya sembang jam menunjukkan jam 8.30 malam. Ada sorang pak guard dlm cafe tu bagi isyarat menandakan pintu pagar dh nak tutup sambil senyum 3. Teman pun balas dgn senyum 3 gak. Lepas bersalaman & berpelukan dgn mereka bertiga, kami berdua pun meluncur pulang ke Ipoh semula.


Ya Allah, aku bersyukur kepada Mu kerana telah mempermudahkan urusan kami ni. Begitu indahnya pertemuan kami ini. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu. Ameen Ya Rabbalalamin....

Rabu, 16 Julai 2008


Dato' Seri Anwar Ibrahim ditahan polis
Jul 16, 08 1:15pm


Polis menahan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar rumahnya di Segambut Dalam dan dibawa ke ibu pejabat polis Kuala Lumpur tengahari ini. Beliau ditahan sekumpulan anggota polis, termasuk yang bertopeng dan berjaket - dipercayai Bahagian Jenayah Berat, kira-kira sejurus tiba dari Putrajaya selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya. Menurut peguam R Sivarasa, pihak polis telah menunggu kepulangan Anwar dan sebaik sahaja tiba, mereka membawa mantan Timbalan Perdana Menteri itu, ke dalam kereta polis bercermin gelap dan membawanya ke IPK Kuala Lumpur. Anwar tiba di IPK Kuala Lumpur jam 1.11 tengahari dengan dikawal oleh konvoi 15 kenderaan.

Manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan kepada pemberita di Parlimen bahawa Anwar telah ditahan. Katanya, beliau menerima panggilan telefon dari Anwar yang mengesahkan bahawa beliau telah ditahan. Anwar juga, katanya, memberitahu bahawa beliau dilayan secara kasar oleh anggota polis yang menahannya itu. Wan Azizah berkata, Anwar memintanya pulang ke rumah untuk menenangkan anak-anaknya dan kemudiannya pergi ke pejabat polis terbabit. Naib Presiden PKR, Azmin Ali tiba kira-kira jam 1.26 tengahari, dan menyifatkan tindakan polis itu sebagai "tidak bertamadun" kerana Anwar telah mengesahkan akan datang. Lagi pula, tambahnya, masa yang diberikan oleh polis sehingga jam 2 petang juga belum lagi tamat. Beliau juga menyifatkan tindakan polis sebagai tidak wajar kerana Anwar dikeluarkan dari keretanya di tepi jalan utama.

Kira-kira 40 penyokong Anwar termasuk ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat kini berhimpun di IPK Kuala Lumpur. Mereka termasuk Yusmadi Yusof, Zuraidi Kamaruddin, Dr Zulkifly Ahmad, Dr Hatta Ramli, Tian Chua serta Karpal Singh. Wan Azizah pula tiba dengan anak perempuannya, Nurul Nuha pada jam 1.30 hari. Difahamkan Anwar akan didakwa mengikut Seksyen 377C, Kanun Keseksaan. Dalam pindaan terbaru, peruntukan ini berbunyi seperti berikut: Di bawah seksyen ini, seseorang melakukan kesalahan jika dia membuat hubungan seks dengan orang lain dengan memasukkan sesuatu benda ke dalam faraj atau dubur orang yang satu lagi itu. Jika sabit kesalahan, orang yang melakukan kesalahan itu boleh dihukum dengan hukuman pemenjaraan sehingga 20 tahun dan boleh juga dihukum sebat.

Kelihatan sepasukan anggota polis memantau pergerakan para penyokong yang berhimpun di situ. Turut kelihatan ialah sebuah trak meriam air. Ahli Parlimen PKR, Wee Choo Keong, yang berada di dalam bangunan itu berkata, Wan Azizah dan dua anaknya - Nurul Izzah dan Nurul Nuha - dibenarkan menemui Anwar di tingkat tujuh pada kira-kira jam 2 petang. Pada jam 2.35 petang, Wan Azizah dan anak-anaknya, serta peguam Sankara Nair muncul dari bangunan tersebut. Pada jam 2.40 petang, ahli Parlimen DAP termasuk Lim Kit Siang, Tan Kok Wai, Fong Kui Lun dan Anthony Loke juga kelihatan meninggalkan bangunan tersebut. Loke berkata, mereka hanya dibenarkan menunggu di kantin, dan semua ahli Parlimen Pakatan akan balik ke Parlimen untuk "membangkitkan isu tersebut". Pada jam 2.50 petang, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar berkata, pihak polis sudah mula menyoalsiasat Anwar. Katanya, perhimpunan sokongan kerdipan lilin akan diadakan di luar bangunan tersebut jika Anwar tidak dibebaskan hari ini.

Peguam Latheefa Koya pula berkata, Anwar ditahan sebagai suspek, tetapi pihak polis mahu merakamkan kenyataannya sebagai saksi mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah."(Pada kira-kira jam 2.40 petang, peguam) Sulaiman Abdullah masuk bersama peguam Param Cumaraswamy. Anwar akan diwakili oleh tiga peguam termasuk Sulaiman. Param berada di situ sebagai tokoh antarabangsa," katanya.(Param merupakan bekas pelapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi kebebasan hakim dan peguam)