Selasa, 2 Disember 2008

Subhanallah....Bulan Tersenyum...bersama bintang kejora dan Musytari.....




Mungkin ada yang perasan bulan tersenyum malam tadi....seluruh dunia menyaksikan....SUBHANALLAH.....hebat ciptaan Allah....

Ahad, 12 Oktober 2008


Insya Allah 17 - 20 Oktober 2008 (Jumaat - Isnin), teman akan bermusafir ke Jakarta, Indonesia. Mohon doakan segala urusan berjalan lancar tanpa sebarang kemudharatan.

Khamis, 25 September 2008




سلامت هارئ راي عيدلفطري


Di Aidilfitri yang mulia ini aku nak pinta seandainya :

TERkasar bahasa....



TERsilap bicara....



TERmarah yg tak kena....



TERtanya tak tentu hala....



TERsasul yang tak sengaja....



TERpukul kat mana mana....



TERpekik kat telinga....



TERpinjam harta benda....



TERmoody tak semena mena....



TERumpat apa apa....





Akhir kalam, jemputlah datang ke rumah. Jgn malu malu eik. Salam Eidulfitri Maaf Zahir & Batin.

Jumaat, 19 September 2008

Assalamualaikum semua....lame tol tak update blog ni. Alhamdulillah, hari Rabu lepas 17 Sept 08 bersamaan dgn 17 Ramadhan 1429H bersamaan dgn Nuzul Quran, teman dapat berprogram 3R (Remaja Rai Ramadhan) di SMK Abd Rahman Talib, Teluk Intan.

Alhamdulillah dpt jumpe kembali adik2 yg pernah berprogram bersama bulan Jun lalu. Seramai kurang lebih 160 orang peserta 3R peringkat daerah Hilir Perak. Pagi nye, slot di isi oleh Ust Shamsul & Ust Alias. Pastu teman cakap sikit2 je. Huhuhu. Pas Zohor, ada Kembara D'Ramadhan.....mcm2 gelagat adik2 ni.

Program tamat sehingga iftar bersama sama adik2 di SMART....Insya Allah, hujung minggu ni 3R di Bidor pulak.....Jumpa di sanaaaaaa......

Isnin, 8 September 2008

Gambar sekitar Iftar bersama Anak2 Yatim Budi Mulia
Usrah Kolej Matrik Gopeng juga memeriahkan suasana

Bergambar bersama anak - anak yatim Budi Mulia

Anak - anak di Budi Mulia, Tanah Hitam

Lagi gambar.....


Pengarah program, Akh Khusairi Saufi bersama Hj. Ainol

Hj Ainol menyampaikan tazkirah mcm ceramah kelompok


YDP JIM Bandaraya Ipoh, Dr Ahmad Kamil

Sabtu, 30 Ogos 2008

Ya Allah berkatilah kami dalam bulan Rejab dan dalam bulan Syaaban dan sampaikanlah kami ke dalam bulan Ramadhan. Sahabat ku tetamu Agung ini bakal berkunjung beberapa hari lagi. Ahlan Ya Ramadhan, lambaianmu Ramadhan menggamit hati-hati kami untuk bersama-sama menyemarakkanmu. Semoga ruang dan peluang yang Allah sediakan 1 bulan istimewa buat kita ini memberi pelatihan abadi untuk pengendalian hati dan diri bagi meraikan kemerdekaan sejati.

Sahabatku :

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir

Tentu siangnya sibuk berzikir
Tentu tak akan jemu melagukan syair rindu
Mendayu....merayu....kepadaNya Tuhan yang satu

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir

Tentu solat ku kerjakan di awal waktu
Solat yang dikerjakan....sungguh khusyuk
Lagi tawaduk
Tubuh dan qalbu bersatu
Memperhambakan diri
Mengadap Rabbul Jalil....menangisi
Kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya
Wamamati lilahirabbil ’alamain"
( sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
Kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam )

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir

Tidak akan ku siakan walau sesaat yang berlalu
Setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang
Alunan al-Quran bakal ku dendang...
Bakal ku syairkan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

Tentu malamnya di sibukkan dengan
Bertarawih
Berqiamullail, bertahajud
Mengadu...merintih. ..meminta belas kasih

"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurgaMu
Tapi ku juga tidak sanggup untuk ke nerakaMu"

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir

Tentu diriku tak akan melupakan yang tersayang
Mari kita meriahkan Ramadhan
Kita buru....kita cari....suatu malam idaman
Yang lebih baik dari seribu bulan

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir

Tentu ku bakal menyediakan batin dan zahir
Mempersiapkan diri, rohani dan jasmani
Menanti-nanti jemputan Izrail
Di kiri dan kanan lorong-lorong redha Ar-Rahman.

Duhai Ilahi
Andai ini Ramadhan terakhir buat kami
Jadikanlah ia Ramdhan yang paling bererti
Paling berseri menerangi kegelapan hati kami
Menyeru ke jalan menuju redha serta
Kasih sayangMu Ya Ilahi
Semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman ...
Tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
Apakah Ramadhan ini yang terakhir kali bagi dirinya
Yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
Berusaha....bersedia....meminta belasNya

ANDAI BENAR INI RAMADHAN TERAKHIR BUAT AKU
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN DAN KESILAPAN
YANG PERNAH AKU LAKUKAN
"MARHABAN YAA RAMADHAN"

Isnin, 25 Ogos 2008


Bersama Hj Atan di bilik gerakan


Sedangkan naga kami kuburkan, inikan pula cicak mengkarung



Ahad, 24 Ogos 2008 - Alhamdulillah, Allah telah permudahkan perjalanan kami berlima ke Permatang Pauh, Pulau Pinang. Mula2 kami meronda seluruh Pematang Pauh untuk melihat suasana kempen di sana menjelang 2 hari lagi pembuangan undi. Sepanjang rondaan, kami berselisih dengan konvoi DSAI sebanyak 2 kali. Sampai tengah hari, kami berhenti makan tengah hari di Restoran Faiz (murah restoran ni) dan solat jamak qasar di masjid di Permatang Janggus.


Poster DSAI yg gah

FRU di mana2 shj



Kami tak kebuloq



Seusai solat, kami ke bilik gerakan yg di ketuai oleh ikhwah Penang, Hj Atan dan sempat makan laksa Penang yg ditaja oleh individu tertentu (bukan rasuah ye). Selepas itu kami sambung meronda di Permatang Pauh dan seterusnya ke Masjid Bandar Baru Perda untuk sama2 solat hajat perdana. Solat Maghrib di imamkan oleh Dr Badrul Amin sebaik sahaja DSAI tiba di masjid tersebut. Kemudian ceramah di berikan oleh Dr Badrul Amin, Dato' Hashim Yahya (mantan mufti wilayah persekutuan), Ust Ramlang Porigi (Imam yg digunakan oleh BN-UMNO) & DSAI sendiri. Solat Isyak di imamkan oleh Dr Badrul Amin dan seterusnya solat hajat perdana oleh AF Ust Soleh (Pondok Sik) dan diakhiri oleh ceramah oleh Tn Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS). Lebih kurang 10000 orang yg hadir di majlis tersebut.

suasana di masjid bandar baru perda

Ahad, 17 Ogos 2008


Gambar sekitar Karnival Sukan Piala Presiden JIM Zon Utara 08




















Ahad, 3 Ogos 2008

Alhamdulillah, jam 6.30 ptg hari Jumaat 1 Ogos 2008, ana & anak2 buah usrah Matrik Gopeng telah pergi rehlah di Teluk Batik, Lumut dengan menaiki Unser Pak Cu Shukri (thanx Pak Cu Shukri). Kami sampai di Sek. Men Keb. Ahmad Boestamam, Sitiawan lebih kurang jam 9.15 malam dan di saji dengan nasi tomato oleh Kak Shima (thanx Kak Shima) sambil tengok latihan dikir barat pelajar sekolah tu.




Lebih kurang jam 10.00 mlm, kami ke pekan Lumut. Saje jalan2 tegok permandangan waktu malam di Lumut. Pastu terus ke Pusat Tuisyen Lestari milik Pak Teh Rasidi untuk penginapan (thanx Pak Teh sbb bagi penginapan pada kami). Pak Din lak sediakan toto untuk kami. Yg menginsafkan kami, Pak Din bekalkan kami dengan sekotak KAPUR BARUS yg masih terselit kat celah2 toto tu....



Sabtu 2 Ogos 2008, seusai solat subuh berjamaah, usrah dijalankan sehingga lebih kurang 7.45 pagi dan bersiap untuk gi sarapan & rehlah di Teluk Batik sehingga lah jam 11.30 pagi sbb org dah ramai & hari pun dah mula panas. Gi pekan Lumut untuk makan tengah hari. Pekena nasi beriyani.

Pukul 12 lebih kembali ke Lestari sbb adik2 ni dah penat. Seusai solat Zohor berjamaah, kami bersiap siap ke program Seminar Reproduksi & Seksual Remaja (SRSR) sehingga selesai lebih kurang jam 5.00 ptg. Jam 5.30 ptg kami bertolak balik. Cian kat adik2 ni sbb nampak letih. Semua lentok dalam Unser. Alhamdulillah selamat sampai rumah lebih kurang jam 7.15 ptg. Pas Maghrib ana ada temujanji lain pulak dgn adik2 di Ipoh lak.

Selasa, 29 Julai 2008

Tiada kesan Saiful diliwat


Tiada bukti Mohd Saiful Bukhari Azlan, yang mengadu diliwat Datuk Seri Anwar Ibrahim, pernah mengalami hubungan seks luar tabie seperti itu - demikian hasil pemeriksaan seorang doktor di sebuah hospital swasta, kira-kira empat jam sebelum membuat laporan polis sebulan lalu.


Menurut salinan laporan perubatan terhadap bekas pembantu penasihat PKR itu, Mohd Saiful ke Hospital Pusrawi mengadu mengalami "tenesmus" - kesukaran dan kesakitan membuang air besar. Dipercayai pemuda 23 tahun itu mendapatkan rawatan di hospital di Jalan Tun Razak itu kira-kira jam 2 petang pada 28 Jun sebelum diminta ke sebuah hospital kerajaan dan kemudian membuat laporan polis.


Ketika di Hospital Pusrawi, pemuda itu diperiksa oleh Dr Mohamed Osman Abdul Hamid. Dalam laporannya itu, doktor tersebut menyatakan pesakit itu mendakwa diserang dengan dijolok bahan "plastik" di bahagian duburnya. Mohamed Osman, seperti tercatat dalam laporannya yang direkodkan pada jam 2.14 petang, mendapati dubur Mohd Saiful "tidak mengalami pendarahan aktif", "tiada kesan ulser atau nanah", dan "tiada kesan koyak atau calar". Beliau juga menyatakan pemuda itu kelihatan "jaga", "selesa", "tidak pucat" dan tidak menunjukkan sebarang tanda demam.

Rabu, 23 Julai 2008

Alhamdulillah dengan izin Allah swt, teman bersama dgn seorang sahabat KARISMA Perak Hafifi telah pergi ke Kolej Martrikulasi Gopeng dalam usaha mengGEMPUR adik2 di sana dalam usaha untuk follow up mad'u di sana. Selamat sampai di matrik kurang lebih jam 6.40 petang. Maklumat awal yg teman dpt, agak susah untuk masuk ke dalam matrik jika bukan waktu melawat. Dalam perjalanan ke matrik, teman katakan pada Hafifi, "kita redah & tawakal je la Fifi. Kalau leh masuk, kita masuk. Kalau tak leh masuk kita usaha cara lain". Fifi kata, "ok je, kita redah".


Teman & Fifi dah dapat maklumat awal tentang adik2 ni. So, bila sampai kat pintu pagar, kami kata nak jumpa sedara (dlm hati kata sedara seIslam). Kami ditahan tak boleh masuk. Pak guard kata suruh sedara kami tu turun ke pintu pagar. So, Fifi pun call lah sorang adik ni & adik ni pun turun ke pintu pagar. Ntah apa yg dikatakan oleh adik ni, kami pun dibenarkan masuk & terus ke Masjid Al-Maghfirah (masjid dlm matrik le).


Alhamdulillah, di masjid itu kami jumpa lagi dua orang adik matrik. So kami pun bertaaruf. Bak kata org...tak kenal maka tak cinta, tak cinta maka tak kasih, tak kasih maka tak sayang, tak sayang maka tak rindu. Lepas taaruf, Fifi pun bagi sedikit tazkirah pendek sbg pembuka bicara sehingga lah waktu maghrib. So, kami pun solat maghrib berjemaah 3 rakaat pastu kami gi makan kat cafe dlm matrik tu. Masa makan2, kami pun capai kata sepakat nak buat usrah dua minggu sekali setiap petang Jumaat. Sembang punya sembang jam menunjukkan jam 8.30 malam. Ada sorang pak guard dlm cafe tu bagi isyarat menandakan pintu pagar dh nak tutup sambil senyum 3. Teman pun balas dgn senyum 3 gak. Lepas bersalaman & berpelukan dgn mereka bertiga, kami berdua pun meluncur pulang ke Ipoh semula.


Ya Allah, aku bersyukur kepada Mu kerana telah mempermudahkan urusan kami ni. Begitu indahnya pertemuan kami ini. Sesungguhnya pertemuan ini adalah dengan izinMu. Ameen Ya Rabbalalamin....

Rabu, 16 Julai 2008


Dato' Seri Anwar Ibrahim ditahan polis
Jul 16, 08 1:15pm


Polis menahan ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim di luar rumahnya di Segambut Dalam dan dibawa ke ibu pejabat polis Kuala Lumpur tengahari ini. Beliau ditahan sekumpulan anggota polis, termasuk yang bertopeng dan berjaket - dipercayai Bahagian Jenayah Berat, kira-kira sejurus tiba dari Putrajaya selepas memberi keterangan kepada Badan Pencegah Rasuah (BPR) di Putrajaya. Menurut peguam R Sivarasa, pihak polis telah menunggu kepulangan Anwar dan sebaik sahaja tiba, mereka membawa mantan Timbalan Perdana Menteri itu, ke dalam kereta polis bercermin gelap dan membawanya ke IPK Kuala Lumpur. Anwar tiba di IPK Kuala Lumpur jam 1.11 tengahari dengan dikawal oleh konvoi 15 kenderaan.

Manakala Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mengesahkan kepada pemberita di Parlimen bahawa Anwar telah ditahan. Katanya, beliau menerima panggilan telefon dari Anwar yang mengesahkan bahawa beliau telah ditahan. Anwar juga, katanya, memberitahu bahawa beliau dilayan secara kasar oleh anggota polis yang menahannya itu. Wan Azizah berkata, Anwar memintanya pulang ke rumah untuk menenangkan anak-anaknya dan kemudiannya pergi ke pejabat polis terbabit. Naib Presiden PKR, Azmin Ali tiba kira-kira jam 1.26 tengahari, dan menyifatkan tindakan polis itu sebagai "tidak bertamadun" kerana Anwar telah mengesahkan akan datang. Lagi pula, tambahnya, masa yang diberikan oleh polis sehingga jam 2 petang juga belum lagi tamat. Beliau juga menyifatkan tindakan polis sebagai tidak wajar kerana Anwar dikeluarkan dari keretanya di tepi jalan utama.

Kira-kira 40 penyokong Anwar termasuk ahli-ahli parlimen Pakatan Rakyat kini berhimpun di IPK Kuala Lumpur. Mereka termasuk Yusmadi Yusof, Zuraidi Kamaruddin, Dr Zulkifly Ahmad, Dr Hatta Ramli, Tian Chua serta Karpal Singh. Wan Azizah pula tiba dengan anak perempuannya, Nurul Nuha pada jam 1.30 hari. Difahamkan Anwar akan didakwa mengikut Seksyen 377C, Kanun Keseksaan. Dalam pindaan terbaru, peruntukan ini berbunyi seperti berikut: Di bawah seksyen ini, seseorang melakukan kesalahan jika dia membuat hubungan seks dengan orang lain dengan memasukkan sesuatu benda ke dalam faraj atau dubur orang yang satu lagi itu. Jika sabit kesalahan, orang yang melakukan kesalahan itu boleh dihukum dengan hukuman pemenjaraan sehingga 20 tahun dan boleh juga dihukum sebat.

Kelihatan sepasukan anggota polis memantau pergerakan para penyokong yang berhimpun di situ. Turut kelihatan ialah sebuah trak meriam air. Ahli Parlimen PKR, Wee Choo Keong, yang berada di dalam bangunan itu berkata, Wan Azizah dan dua anaknya - Nurul Izzah dan Nurul Nuha - dibenarkan menemui Anwar di tingkat tujuh pada kira-kira jam 2 petang. Pada jam 2.35 petang, Wan Azizah dan anak-anaknya, serta peguam Sankara Nair muncul dari bangunan tersebut. Pada jam 2.40 petang, ahli Parlimen DAP termasuk Lim Kit Siang, Tan Kok Wai, Fong Kui Lun dan Anthony Loke juga kelihatan meninggalkan bangunan tersebut. Loke berkata, mereka hanya dibenarkan menunggu di kantin, dan semua ahli Parlimen Pakatan akan balik ke Parlimen untuk "membangkitkan isu tersebut". Pada jam 2.50 petang, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Shamsul Iskandar berkata, pihak polis sudah mula menyoalsiasat Anwar. Katanya, perhimpunan sokongan kerdipan lilin akan diadakan di luar bangunan tersebut jika Anwar tidak dibebaskan hari ini.

Peguam Latheefa Koya pula berkata, Anwar ditahan sebagai suspek, tetapi pihak polis mahu merakamkan kenyataannya sebagai saksi mengikut Seksyen 112 Kanun Prosedur Jenayah."(Pada kira-kira jam 2.40 petang, peguam) Sulaiman Abdullah masuk bersama peguam Param Cumaraswamy. Anwar akan diwakili oleh tiga peguam termasuk Sulaiman. Param berada di situ sebagai tokoh antarabangsa," katanya.(Param merupakan bekas pelapor Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi kebebasan hakim dan peguam)

Selasa, 15 Julai 2008


Ya Allah.....sakit benar kepala ku ini Ya Allah. Adakah ini suatu hukuman ke atas diri ini disebabkan oleh dosa2 lampau. Ampun kan hamba Mu yg daif lagi hina ini Ya Allah....


Hari ni teman rasa sakit kepala yg amat sangat. Nak kata tak cukup tido, rasa nya mlm semalam tido mcm biase je.....nak kata letih berprogram....rasanya tak kot sbb dah bertahun tahun berprogram....tapi kenapa kepala teman ni sakit sangat hari ni. Sekarang ni pun tgh sakit bangat.


Hanya Allah yg tahu....teman hanya mampu berdoa kpd Allah swt shj sbb sakit ini adalah kurniaNya dan hanya Allah shj yg dapat menyembuhkan nya....


Ya Allah, ampunkanlah segala dosa2 lampau ku juga dosa2 di hari mendatang. Jangan lah Kau uji diri ku ini seandainya diriku ini tidak mampu untuk menanggungnya. Ameen Ya Rabbalalamin....

Jumaat, 11 Julai 2008

Assalamualaikum....teman sekarang ni ada di Teluk Intan utk prgm Keindahan Bersama Mu SMK Raja Muda Musa. Bertolak dari Ipoh td dlm kul 7.00 mlm gak ar & sampai kat Teluk Intan kurang lebih jam 8.45 malam.

Fuh...agak keletihan juga la duk dlm kete lebih kurang 1 jam 45 minit. Sekarang tgh dok berehat. Mlm ni takde taklimat fasi pun so leh ar rest kan badan ni....Sok pagi baru gi tempat prgm....K ar nak chow sin dulu....wasalam........

Rabu, 9 Julai 2008

Kalah Kepada Lalat
Tidak sebarang org dpt mengusik atau menyentuh tubuh seorang kepala negara kerana dia dijaga oleh pengawalnya. Jauh sekali kalau mempermain - mainkan nya. Diceritakan bahawa suatu hari Khalifah Al-Mansur sedang sibuk menyiapkan tugas - tugasnya tiba - tiba dtg seekor lalat hinggap dimukanya. Dengan cepat Al-Mansur menghalau lalat tersebut, ia pun terbang. Tapi beberapa saat kemudian, binatang yang suka bertenggek di tempat - tempat yg busuk & kotor itu hinggap lagi di pipi Khalifah Al-Mansur, beliau pun menepisnya dengan tangannya. Si lalat terbang tapi dtg lagi lalu dihalau lagi dtg lagi. Setelah berkali - kali berkeadaan demikian, Al-Mansur jadi kesal kerana seolah - olah binatang itu sengaja mempermain - mainkannya.
Kerana beranggapan bahawa lalat itu tidak berguna langsung, Al-Mansur bertanya kpd Jaafar Shadiq : "Wahai Aba Abdillah ! Untuk apa Allah ciptakan lalat?"
"Supaya dgn lalat itu Allah dpt menunjukkan kehinaan manusia yg menganggap dirinya besar & sombong." Jawab Jaafar Shadiq.
Mendengar jawapan itu, Al-Mansur diam. Beliau sedar bahawa walaupun dirinya seorang kepala negara & berkuasa, tapi tidak ada ertinya bagi seekor lalat.
Dalam riwayat lain yg diceritakan bahawa suatu ketika Al-Mansur sedang duduk - duduk, tiba - tiba dtg seekor lalat & hinggap di tubuhnya. Khalifah segera menghalaunya tapi lalat itu dtg lagi, lalu dihalaunya lagi. Si lalat tetap degil, dia dtg lagi & hinggap di wajah Al-Mansur, lalu dihalaunya lagi sehingga berulang kali. Khalifah Al-Mansur geram lalu lalat itu pun dikejarnya.
Pintu nya diketuk berkali - kali. "Cuba lihat siapa yg ada di luar pintu?" kata Al-Mansur tiba - tiba. Seorang pembantunya segera membuka pintu & melihat seseorang dtg.
"Maqatil bin Sulaiman, tuanku" kata pembantunya.
"Suruh dia masuk ke sini." kata Al-Mansur. Apabila Maqatil masuk, Al-Mansur bertanya : "Tahukah engkau untuk apa Allah ciptakan lalat?"
"Tahu." jawab Maqatil.
"Untuk apa?"
"Agar dgn lalat itu Allah dapat menghinakan orang yg sombong." jawab Maqatil. Al-Mansur pun terdiam.....

Isnin, 7 Julai 2008

Alhamdulillah pagi tadi lepas solat Subuh dua rakaat, teman pun pulang le rumah bujang teman kat Ipoh pastu terus gi keje.....Sebenarnye teman ni baru je balik dr prgm KBM Belia Perak kat Perlok Recreational Camp Centre....Memang seronok teman rase sbb dpt mandi sungai....Ayor nye memang sejuk giler....fuh dh lame tak mandi sungai rasenye sbb bab2 ayor ni teman ader sejarah tersendiri. (bukan ler bermakna teman ni jenih tak mandi ye atau pernah lemas ke walau pun badan teman ni besor)

Alhamdulillah KBM kali ni teman dpt balik ziarah bonda & ayahanda sekali gus kat Tapah. Berulang alik dari Tapah ke Sungkai. Letih memang ler letih tapi bile bonda dh siap kan mcm2 hilang rase letih nye. Dapat pulak makan masakan bonda teman yg takde tandingan tu. Sanggup balik umah utk makan je pastu gi blk tempat prgm.

Hhmmm....ape lagi teman nak citer ni ye....sori ler gambor tak sempat nak ambik.....takde org nak tolong tangkap gambor....ok le, teman nak chow sin dulu ler....wasalam

Selasa, 1 Julai 2008

PANTUN MINYAK NAIK.....

Minyak naik lagi
Kenaikan paling tinggi
Semua letak tangan di dahi
Kecuali ahli keluarga Badawi

Dah tau naik minyak awai-awai lagi
Mereka beli berjuta-juta saham TNB
Kalau TNB naik seringgit pun jadi
Buat duit dalam masa tiga hari
Minyak naik tak terasa pak menteri
Sebab mereka naik kereta kerajaan bagi
Boleh lalu lebuhraya bertol berkali-kali
Begitu juga dengan mereka punya isteri
Ada driver mai ambik setiap hari
Siap dengan bodyguard ke mana pergi
Mereka tak pernah rasa cengkaman inflasi
Dan mereka akan shopping di luar negeri
Tak main la kalau ke Kamdar atau Pasar Seni
Bawa beg besar-besar jenama LV atau Gucci
Naik flight first class bukan kelas ekonomi

Menteri kata tak boleh elak lagi
Kerajaan terpaksa menanggung rugi
Sebab tak tahan nak bagi subsidi
Suruh rakyat berjimat bawa kereta 600cc
Gila punya cadangan wahai pak menteri
Hang lah patut berjimat awal-awal lagi
Cuba hang bawa kereta hang sendiri
Hang cuba ikut Saidina Umar atau cara Nabi
Kurangkan program majlis rasmi
Majlis makan malam makan roti cicah kari
Sedap jugak sehingga menjilat jari
Tak payah udang besar atau mutton beriyani
Kurangkan impot artis luar negeri
Tak yah panggil Al Jarraeu atau Mariah Kari
Kurangkan jalan-jalan luar negeri
Ikut Guan Eng naik flight kelas ekonomi
Kediaman rasmi guna perabut buatan sendiri
Tak payah import tiles dan perabut dari Itali

You all buat dulu baru bagi tau rakyat
Jangan suruh rakyat berjimat cermat
Tapi hangpa perangai macam tauhu sumbat
Pandai cakap tapi tak pernah buat
Perut mereka di kampung telah lama diikat
Makan ala-kadar paling mewah air sarbat
Janganlah buat perangai munafiq dan jahat
Tuhan sentiasa monitor dan melihat

Ahad, 29 Jun 2008

Alhamdulillah, selamat sampai Ipoh lebih kurang jam 3.40 petang dgn 2 jam perjalanan dari TLDM Lumut. Hujan lebat mengiringi pulang dari program KBM di dalam TLDM...tu yg jadi 2 jam tu. Masa datang cuma 1 jam je. Ape2 pun selamat sampai.
Badan agak letih jugak la sbb program utk 2 sekolah berturut turut. Walau pun letih tapi nikmat yang Allah bagi utk berprogram melenyapkan segala keletihan. Alhamdulillah Allah masih memberi kekuatan utk diri ini meneruskan usaha dakwah. Insya Allah, hujung minggu ni akan berprogram di Sungkai lak utk belia2 negeri Perak. Tak sabar rasa nye nak berprogram minggu ni sbb dapat balik jumpa dgn ayahanda dan bonda tercinta.

Sabtu, 28 Jun 2008

Assalamualaikum, sekarang ni aku bersama dengan team KBM Perak sedang berkampung di dalam pangkalan TLDM Lumut untuk program Keindahan Bersama Mu. Kali ini dua sekolah sekali gus. Jumaat - Sabtu satu sekolah pastu Sabtu - Ahad lak satu lagi sekolah.

Fuh agak meletihkan juga la tapi nikmat...hahahaha. Insya Allah selagi hayat di kandung badan dan diizinkanNya akan ku teruskan perjuangan ini. Sementara nak siap2 ni, aku update ar blog aku ni. So kalau sape2 nak tau pasal KBM ni boleh layari blog kami....kat mana??? tengaok ar kat link aku tu. Macam2 ada...

ok la aku nak siap ni. Nak gi sarapan jap. Biasa ar kalau pagi2 ni aku meste kene sarapan dulu kalau tak nanti perut aku menendang nendang...hihihi. "Breakfast like a king"....

So doa2 kan aku dgn team KBM ni berjaya laksanakan amanah ni ye sbb senjata utama org mukmin ni adalah DOA.

Jumaat, 27 Jun 2008

MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH

Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya." Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka. Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t., maka Allah s.w.t. mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."Akhirnya Allah s.w.t. mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah s.w.t.

Malaikat Jibril a.s. mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut. Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.

Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad s.a.w. berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali." Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad s.a.w." Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah s.a.w. meraihnya. Berkata Jibril a.s. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda s.a.w. mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah s.a.w. pun bertanya kepada Jibril a.s. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah s.w.t. Telah bersabda Rasulullah s.a.w. : " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

Khamis, 26 Jun 2008

Al-Quran tenangkan jiwa & hilang tekanan

Orang cemerlang ialah orang yang berjaya menguruskan kehidupannya dengan baik, dapat mengatasi masalah dan menghadapi tekanan dengan tabah. Malah, bagi golongan ini kesilapan dijadikan iktibar, manakala kegagalan dipandang positif sebagai pendorong mencapai kejayaan. Tetapi bagi sesetengah pihak, rintangan dan tekanan hidup dianggap masalah yang tidak berkesudahan, menyebabkan semakin difikirkan bertambah kusut fikirannya. Bahkan, sekiranya tekanan dan masalah itu tidak ditangani dengan baik akan memberikan kesan lebih buruk.

Bagi orang Islam, sejauh mana seseorang itu mampu bertahan dengan tekanan, selagi itulah ganjaran pahala yang diperolehnya. Islam melihat punca tekanan lebih kepada kecelaruan dan kelemahan hati. Hati yang lemah menyebabkan hubungan dengan Allah menjadi rapuh. Seterusnya akan menjadikan hidup sempit kerana tidak menemui jalan keluar terhadap setiap masalah. Hati akan berasa bahagia apabila dekat dengan Allah. Sebaliknya hati akan sengsara apabila ia ingkar kepada hukum Allah dan lalai daripada mengingatinya. Dalam menghadapi tekanan atau stres secara umumnya mengikut kaca mata Islam ada beberapa panduan, iaitu :
  • Membaca al-Quran, di samping memahami maknanya. Al-Quran adalah rahmat untuk sekelian alam dan ia adalah cahaya, hidayah dan penyembuh bagi penyakit. Dengan memahami dan menghayati kandungan al-Quran seseorang dapat menenangkan hati, fikiran dan jasmani.
  • Banyak bertaubat dan istighfar. Bertafakur mengenang dosa, merenung mengenai diri terhadap segala nikmat yang Allah berikan kepada kita.
  • Mendekatkan diri kepada Allah, mematuhi segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Contohnya tidak meninggalkan solat wajib, malah turut melakukan solat sunat dan selalu mengingati Allah dalam setiap ketika.
  • Bersedekah.... Harta menyebabkan jiwa tertekan dan memberi sedekah itu kerana Allah dapat memberikan ketenangan. Sedekah lebih bermakna ketika seseorang itu berasa sangat sayang (bakhil) terhadap hartanya. Orang yang bakhil sentiasa disempitkan hati dan akhlaknya oleh Allah kerana mereka berkira dengan kurniaan Allah.
  • Bijak mengurus.... Seseorang itu harus bijak dalam menguruskan masa, tenaga, keutamaan dan aset yang ada. Bahkan Allah mengingatkan kita mengenai beban kerja dan tanggungjawab itu perlulah sepadan dengan kemampuan kita. Kita diajar supaya berdoa daripada kerja berlebihan yang tidak mampu ditanggung.
  • Bersangka baik kepada Allah. Kita hendaklah berbicara dan berkata dengan positif serta penuh pengharapan kepada Allah. Ini kerana setiap lafaz diucapkan itu adalah doa dan sangkaan kita kepada Allah.
  • Tawakal....iaitu berserah diri kepada Allah. Menyerah sesuatu perkara itu kepada Allah selepas berusaha sedaya upaya adalah sikap yang sangat baik. Seseorang itu harus menyedari Allah yang mengurniakan rezeki, kekuatan, keinginan dan badan yang sihat bagi hamba-Nya berusaha meneruskan hidup di dunia ini.

Waalahualam....

Rabu, 25 Jun 2008

Cinta dari pandangan Imam Al-Syafie

IMAM Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama. Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah.

Katanya:

“Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan."

“Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.”

“Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku."

“Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.”

Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya.

Katanya:

“Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya."

“Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat."

“Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras."

“Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan."

“Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat."

“Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai."

“Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.”

Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan.

Imam Al-Syafie dalam hal ini berkata:

“Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan."

“Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan."

“Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.”
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada segumpal daging, sekiranya baik ianya, maka baiklah keseluruhannya. Sekiranya rosak maka rosaklah keseluruhannya. Tidak lain ia adalah hati."

Hati adalah raja. Hati juga senjata utama dalam perjuangan. Pemilik hati yang karat susah untuk berjuang kerana perjuangan menegakkan kebenaran menuntut ketulusan dan keberanian.

Hati yang karat susah untuk menegur kesalahan sahabat
Hati yang karat susah untuk meluahkan cinta dan kasih sesama insan
Hati yang karat susah untuk merasai "zouq" dengan Tuhan
Hati yang karat susah Istiqamah dalam amalan
Hati yang karat susah komited dalam menjalankan amanah
Hati yang karat susah merasai nikmat ukhuwah
Hati yang karat susah proaktif dalam tindakan
Hati yang karat susah menerima pelbagai pandangan
Hati yang karat susah untuk tidak memberi alasan
Sabda Rasulullah bermaksud:
Bahawa hati itu berkarat, seperti berkaratnya besi.
Lalu orang bertanya : "Wahai Rasulullah, bagaimana membersihkannya?"
Jawab Rasulullah : "Membaca al-Quran dan mengingati mati."

Selasa, 24 Jun 2008

Insya Allah, hujung minggu ni aku akan berkampung di TLDM Lumut untuk program Keindahan Bersama Mu. Dua sekolah sekali beb.... Minggu depan lak kat Sungkai, Perak untuk KBM Belia lak...Ok la aku chow sin dulu ar...Ngantuk lak....
Assalamualaikum semua....sudi2 la layari blog saya ye.....

shahrul

Selasa, 15 Januari 2008

Assalamualaikum semua......


baru create blog .....hahaha