Ahad, 29 Jun 2008

Alhamdulillah, selamat sampai Ipoh lebih kurang jam 3.40 petang dgn 2 jam perjalanan dari TLDM Lumut. Hujan lebat mengiringi pulang dari program KBM di dalam TLDM...tu yg jadi 2 jam tu. Masa datang cuma 1 jam je. Ape2 pun selamat sampai.
Badan agak letih jugak la sbb program utk 2 sekolah berturut turut. Walau pun letih tapi nikmat yang Allah bagi utk berprogram melenyapkan segala keletihan. Alhamdulillah Allah masih memberi kekuatan utk diri ini meneruskan usaha dakwah. Insya Allah, hujung minggu ni akan berprogram di Sungkai lak utk belia2 negeri Perak. Tak sabar rasa nye nak berprogram minggu ni sbb dapat balik jumpa dgn ayahanda dan bonda tercinta.

Sabtu, 28 Jun 2008

Assalamualaikum, sekarang ni aku bersama dengan team KBM Perak sedang berkampung di dalam pangkalan TLDM Lumut untuk program Keindahan Bersama Mu. Kali ini dua sekolah sekali gus. Jumaat - Sabtu satu sekolah pastu Sabtu - Ahad lak satu lagi sekolah.

Fuh agak meletihkan juga la tapi nikmat...hahahaha. Insya Allah selagi hayat di kandung badan dan diizinkanNya akan ku teruskan perjuangan ini. Sementara nak siap2 ni, aku update ar blog aku ni. So kalau sape2 nak tau pasal KBM ni boleh layari blog kami....kat mana??? tengaok ar kat link aku tu. Macam2 ada...

ok la aku nak siap ni. Nak gi sarapan jap. Biasa ar kalau pagi2 ni aku meste kene sarapan dulu kalau tak nanti perut aku menendang nendang...hihihi. "Breakfast like a king"....

So doa2 kan aku dgn team KBM ni berjaya laksanakan amanah ni ye sbb senjata utama org mukmin ni adalah DOA.

Jumaat, 27 Jun 2008

MENANGIS KERANA TAKUTKAN ALLAH

Rasulullah s.a.w. telah bersabda: "Bahawa tidak akan masuk neraka orang menangis kerana takut kepada Allah sehingga ada air susu kembali ke tempat asalnya." Dalam sebuah kitab Daqa'iqul Akhbar menerangkan bahawa akan didatangkan seorang hamba pada hari kiamat nanti, dan sangat beratlah timbangan kejahatannya, dan telah diperintahkan untuk dimasukkan ke dalam neraka. Maka salah satu daripada rambut-rambut matanya berkata, "Wahai Tuhanku, Rasul Engkau Nabi Muhammad s.a.w. telah bersabda, sesiapa yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t., maka Allah s.w.t. mengharamkan matanya itu ke neraka dan sesungguhnya aku menangis kerana amat takut kepada-Mu."Akhirnya Allah s.w.t. mengampuni hamba itu dan menyelamatkannya dari api neraka dengan berkat sehelai rambut yang pernah menangis kerana takut kepada Allah s.w.t.

Malaikat Jibril a.s. mengumumkan, telah selamat Fulan bin Fulan sebab sehelai rambut. Dalam sebuah kitab lain, Bidayatul-Hidayah diceritakan bahawa pada hari kiamat nanti, akan didatangkan neraka jahanam dengan mengeluarkan suaranya, suara nyalaan api yang sangat menggerunkan, semua umat menjadi berlutut kerana kesusahan menghadapinya. Allah s.w.t. berfirman yang bermaksud "Kamu lihat (pada hari itu) setiap umat berlutut (yakni merangkak pada lututnya). Tiap-tiap umat diseru kepada buku amalannya. (Dikatakan kepadanya) Pada hari ini kamu dibalasi menurut apa-apa yang telah kau kerjakan." (Surah al-Jatsiyah ayat 28)

Sebaik sahaja mereka menghampiri neraka, mereka mendengar kegeraman api neraka dengan nyalaan apinya, dan diterangkan dalam kitab tersebut bahawa suara nyalaan api neraka itu dapat didengar sejauh 500 tahun perjalanan. Pada waktu itu, akan berkata setiap orang hingga Nabi-nabi dengan ucapan, "Diriku, diriku (selamatkanlah diriku Ya Allah) kecuali hanya seorang nabi sahaja yang akan berkata, "Umatku, umatku."Beliau ialah junjungan besar kita Nabi Muhammad s.a.w.

Pada masa itu akan keluarlah api neraka jahim seperti gunung-gunung, umat Nabi Muhammad s.a.w. berusaha menghalanginya dengan berkata, "Wahai api! Demi hak orang-orang yang solat, demi hak orang-orang yang ahli sedekah, demi hak orang-orang yang khusyuk, demi hak orang-orang yang berpuasa, supaya engkau kembali." Walaupun dikata demikian, api neraka itu tetap tidak mahu kembali, lalu malaikat Jibril berkata, "Sesungguhnya api neraka itu menuju kepada umat Muhammad s.a.w." Kemudian Jibril membawa semangkuk air dan Rasulullah s.a.w. meraihnya. Berkata Jibril a.s. "Wahai Rasulullah, ambillah air ini dan siramkanlah kepadanya." Lalu Baginda s.a.w. mengambil dan menyiramkannya pada api itu, maka padamlah api itu. Setelah itu Rasulullah s.a.w. pun bertanya kepada Jibril a.s. "Wahai Jibril, Apakah air itu?" Maka Jibril berkata, "Itulah air mata orang derhaka di kalangan umatmu yang menangis kerana takut kepada Allah s.w.t. Sekarang aku diperintahkan untuk memberikannya kepadamu agar engkau menyiramkan pada api itu." Maka padamlah api itu dengan izin Allah s.w.t. Telah bersabda Rasulullah s.a.w. : " Ya Allah anugerahilah kepada kami dua buah mata yang menangis kerana takut kepada-Mu, sebelum tidak ditemunya air mata."

Khamis, 26 Jun 2008

Al-Quran tenangkan jiwa & hilang tekanan

Orang cemerlang ialah orang yang berjaya menguruskan kehidupannya dengan baik, dapat mengatasi masalah dan menghadapi tekanan dengan tabah. Malah, bagi golongan ini kesilapan dijadikan iktibar, manakala kegagalan dipandang positif sebagai pendorong mencapai kejayaan. Tetapi bagi sesetengah pihak, rintangan dan tekanan hidup dianggap masalah yang tidak berkesudahan, menyebabkan semakin difikirkan bertambah kusut fikirannya. Bahkan, sekiranya tekanan dan masalah itu tidak ditangani dengan baik akan memberikan kesan lebih buruk.

Bagi orang Islam, sejauh mana seseorang itu mampu bertahan dengan tekanan, selagi itulah ganjaran pahala yang diperolehnya. Islam melihat punca tekanan lebih kepada kecelaruan dan kelemahan hati. Hati yang lemah menyebabkan hubungan dengan Allah menjadi rapuh. Seterusnya akan menjadikan hidup sempit kerana tidak menemui jalan keluar terhadap setiap masalah. Hati akan berasa bahagia apabila dekat dengan Allah. Sebaliknya hati akan sengsara apabila ia ingkar kepada hukum Allah dan lalai daripada mengingatinya. Dalam menghadapi tekanan atau stres secara umumnya mengikut kaca mata Islam ada beberapa panduan, iaitu :
  • Membaca al-Quran, di samping memahami maknanya. Al-Quran adalah rahmat untuk sekelian alam dan ia adalah cahaya, hidayah dan penyembuh bagi penyakit. Dengan memahami dan menghayati kandungan al-Quran seseorang dapat menenangkan hati, fikiran dan jasmani.
  • Banyak bertaubat dan istighfar. Bertafakur mengenang dosa, merenung mengenai diri terhadap segala nikmat yang Allah berikan kepada kita.
  • Mendekatkan diri kepada Allah, mematuhi segala perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Contohnya tidak meninggalkan solat wajib, malah turut melakukan solat sunat dan selalu mengingati Allah dalam setiap ketika.
  • Bersedekah.... Harta menyebabkan jiwa tertekan dan memberi sedekah itu kerana Allah dapat memberikan ketenangan. Sedekah lebih bermakna ketika seseorang itu berasa sangat sayang (bakhil) terhadap hartanya. Orang yang bakhil sentiasa disempitkan hati dan akhlaknya oleh Allah kerana mereka berkira dengan kurniaan Allah.
  • Bijak mengurus.... Seseorang itu harus bijak dalam menguruskan masa, tenaga, keutamaan dan aset yang ada. Bahkan Allah mengingatkan kita mengenai beban kerja dan tanggungjawab itu perlulah sepadan dengan kemampuan kita. Kita diajar supaya berdoa daripada kerja berlebihan yang tidak mampu ditanggung.
  • Bersangka baik kepada Allah. Kita hendaklah berbicara dan berkata dengan positif serta penuh pengharapan kepada Allah. Ini kerana setiap lafaz diucapkan itu adalah doa dan sangkaan kita kepada Allah.
  • Tawakal....iaitu berserah diri kepada Allah. Menyerah sesuatu perkara itu kepada Allah selepas berusaha sedaya upaya adalah sikap yang sangat baik. Seseorang itu harus menyedari Allah yang mengurniakan rezeki, kekuatan, keinginan dan badan yang sihat bagi hamba-Nya berusaha meneruskan hidup di dunia ini.

Waalahualam....

Rabu, 25 Jun 2008

Cinta dari pandangan Imam Al-Syafie

IMAM Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama. Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah.

Katanya:

“Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan."

“Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.”

“Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku."

“Kukunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia.”

Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya.

Katanya:

“Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya."

“Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat."

“Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras."

“Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan."

“Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat."

“Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai."

“Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.”

Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan.

Imam Al-Syafie dalam hal ini berkata:

“Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan."

“Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan."

“Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.”
"Sesungguhnya dalam diri manusia itu ada segumpal daging, sekiranya baik ianya, maka baiklah keseluruhannya. Sekiranya rosak maka rosaklah keseluruhannya. Tidak lain ia adalah hati."

Hati adalah raja. Hati juga senjata utama dalam perjuangan. Pemilik hati yang karat susah untuk berjuang kerana perjuangan menegakkan kebenaran menuntut ketulusan dan keberanian.

Hati yang karat susah untuk menegur kesalahan sahabat
Hati yang karat susah untuk meluahkan cinta dan kasih sesama insan
Hati yang karat susah untuk merasai "zouq" dengan Tuhan
Hati yang karat susah Istiqamah dalam amalan
Hati yang karat susah komited dalam menjalankan amanah
Hati yang karat susah merasai nikmat ukhuwah
Hati yang karat susah proaktif dalam tindakan
Hati yang karat susah menerima pelbagai pandangan
Hati yang karat susah untuk tidak memberi alasan
Sabda Rasulullah bermaksud:
Bahawa hati itu berkarat, seperti berkaratnya besi.
Lalu orang bertanya : "Wahai Rasulullah, bagaimana membersihkannya?"
Jawab Rasulullah : "Membaca al-Quran dan mengingati mati."

Selasa, 24 Jun 2008

Insya Allah, hujung minggu ni aku akan berkampung di TLDM Lumut untuk program Keindahan Bersama Mu. Dua sekolah sekali beb.... Minggu depan lak kat Sungkai, Perak untuk KBM Belia lak...Ok la aku chow sin dulu ar...Ngantuk lak....
Assalamualaikum semua....sudi2 la layari blog saya ye.....

shahrul