Sabtu, 30 Ogos 2008

Ya Allah berkatilah kami dalam bulan Rejab dan dalam bulan Syaaban dan sampaikanlah kami ke dalam bulan Ramadhan. Sahabat ku tetamu Agung ini bakal berkunjung beberapa hari lagi. Ahlan Ya Ramadhan, lambaianmu Ramadhan menggamit hati-hati kami untuk bersama-sama menyemarakkanmu. Semoga ruang dan peluang yang Allah sediakan 1 bulan istimewa buat kita ini memberi pelatihan abadi untuk pengendalian hati dan diri bagi meraikan kemerdekaan sejati.

Sahabatku :

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir

Tentu siangnya sibuk berzikir
Tentu tak akan jemu melagukan syair rindu
Mendayu....merayu....kepadaNya Tuhan yang satu

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir

Tentu solat ku kerjakan di awal waktu
Solat yang dikerjakan....sungguh khusyuk
Lagi tawaduk
Tubuh dan qalbu bersatu
Memperhambakan diri
Mengadap Rabbul Jalil....menangisi
Kecurangan janji
"innasolati wanusuki wamahyaya
Wamamati lilahirabbil ’alamain"
( sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku, dan matiku...
Kuserahkan hanya kepada Allah Tuhan seru sekalian alam )

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir

Tidak akan ku siakan walau sesaat yang berlalu
Setiap masa tak akan dibiarkan begitu saja
Di setiap kesempatan juga masa yang terluang
Alunan al-Quran bakal ku dendang...
Bakal ku syairkan

Andai kau tahu ini Ramadhan terakhir

Tentu malamnya di sibukkan dengan
Bertarawih
Berqiamullail, bertahajud
Mengadu...merintih. ..meminta belas kasih

"sesungguhnya aku tidak layak untuk ke syurgaMu
Tapi ku juga tidak sanggup untuk ke nerakaMu"

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir

Tentu diriku tak akan melupakan yang tersayang
Mari kita meriahkan Ramadhan
Kita buru....kita cari....suatu malam idaman
Yang lebih baik dari seribu bulan

Andai ku tahu ini Ramadhan terakhir

Tentu ku bakal menyediakan batin dan zahir
Mempersiapkan diri, rohani dan jasmani
Menanti-nanti jemputan Izrail
Di kiri dan kanan lorong-lorong redha Ar-Rahman.

Duhai Ilahi
Andai ini Ramadhan terakhir buat kami
Jadikanlah ia Ramdhan yang paling bererti
Paling berseri menerangi kegelapan hati kami
Menyeru ke jalan menuju redha serta
Kasih sayangMu Ya Ilahi
Semoga bakal mewarnai kehidupan kami di sana nanti

Namun teman ...
Tak akan ada manusia yang bakal mengetahui
Apakah Ramadhan ini yang terakhir kali bagi dirinya
Yang mampu bagi seorang hamba itu hanyalah
Berusaha....bersedia....meminta belasNya

ANDAI BENAR INI RAMADHAN TERAKHIR BUAT AKU
MAAFKAN SEMUA KESALAHAN DAN KESILAPAN
YANG PERNAH AKU LAKUKAN
"MARHABAN YAA RAMADHAN"

Isnin, 25 Ogos 2008


Bersama Hj Atan di bilik gerakan


Sedangkan naga kami kuburkan, inikan pula cicak mengkarung



Ahad, 24 Ogos 2008 - Alhamdulillah, Allah telah permudahkan perjalanan kami berlima ke Permatang Pauh, Pulau Pinang. Mula2 kami meronda seluruh Pematang Pauh untuk melihat suasana kempen di sana menjelang 2 hari lagi pembuangan undi. Sepanjang rondaan, kami berselisih dengan konvoi DSAI sebanyak 2 kali. Sampai tengah hari, kami berhenti makan tengah hari di Restoran Faiz (murah restoran ni) dan solat jamak qasar di masjid di Permatang Janggus.


Poster DSAI yg gah

FRU di mana2 shj



Kami tak kebuloq



Seusai solat, kami ke bilik gerakan yg di ketuai oleh ikhwah Penang, Hj Atan dan sempat makan laksa Penang yg ditaja oleh individu tertentu (bukan rasuah ye). Selepas itu kami sambung meronda di Permatang Pauh dan seterusnya ke Masjid Bandar Baru Perda untuk sama2 solat hajat perdana. Solat Maghrib di imamkan oleh Dr Badrul Amin sebaik sahaja DSAI tiba di masjid tersebut. Kemudian ceramah di berikan oleh Dr Badrul Amin, Dato' Hashim Yahya (mantan mufti wilayah persekutuan), Ust Ramlang Porigi (Imam yg digunakan oleh BN-UMNO) & DSAI sendiri. Solat Isyak di imamkan oleh Dr Badrul Amin dan seterusnya solat hajat perdana oleh AF Ust Soleh (Pondok Sik) dan diakhiri oleh ceramah oleh Tn Guru Dato' Nik Abd Aziz Nik Mat (Mursyidul Am PAS). Lebih kurang 10000 orang yg hadir di majlis tersebut.

suasana di masjid bandar baru perda

Ahad, 17 Ogos 2008


Gambar sekitar Karnival Sukan Piala Presiden JIM Zon Utara 08




















Ahad, 3 Ogos 2008

Alhamdulillah, jam 6.30 ptg hari Jumaat 1 Ogos 2008, ana & anak2 buah usrah Matrik Gopeng telah pergi rehlah di Teluk Batik, Lumut dengan menaiki Unser Pak Cu Shukri (thanx Pak Cu Shukri). Kami sampai di Sek. Men Keb. Ahmad Boestamam, Sitiawan lebih kurang jam 9.15 malam dan di saji dengan nasi tomato oleh Kak Shima (thanx Kak Shima) sambil tengok latihan dikir barat pelajar sekolah tu.




Lebih kurang jam 10.00 mlm, kami ke pekan Lumut. Saje jalan2 tegok permandangan waktu malam di Lumut. Pastu terus ke Pusat Tuisyen Lestari milik Pak Teh Rasidi untuk penginapan (thanx Pak Teh sbb bagi penginapan pada kami). Pak Din lak sediakan toto untuk kami. Yg menginsafkan kami, Pak Din bekalkan kami dengan sekotak KAPUR BARUS yg masih terselit kat celah2 toto tu....



Sabtu 2 Ogos 2008, seusai solat subuh berjamaah, usrah dijalankan sehingga lebih kurang 7.45 pagi dan bersiap untuk gi sarapan & rehlah di Teluk Batik sehingga lah jam 11.30 pagi sbb org dah ramai & hari pun dah mula panas. Gi pekan Lumut untuk makan tengah hari. Pekena nasi beriyani.

Pukul 12 lebih kembali ke Lestari sbb adik2 ni dah penat. Seusai solat Zohor berjamaah, kami bersiap siap ke program Seminar Reproduksi & Seksual Remaja (SRSR) sehingga selesai lebih kurang jam 5.00 ptg. Jam 5.30 ptg kami bertolak balik. Cian kat adik2 ni sbb nampak letih. Semua lentok dalam Unser. Alhamdulillah selamat sampai rumah lebih kurang jam 7.15 ptg. Pas Maghrib ana ada temujanji lain pulak dgn adik2 di Ipoh lak.